Semua pelajar yang berdaftar di fakulti masing – masing dan menghadiri kursus sepenuh masa di Peringkat Diploma & Ijazah Pertama yang ditawarkan di UTeM sahaja.
Pelajar yang tidak menghadiri kuliah sepenuh masa dan menunggu konvokesyen adalah tidak layak untuk bermain acara sukan dalam sukan antara fakulti.
Bagi pelajar Pasca Siswazah dibenarkan untuk mewakili fakulti yang di daftarkan sahaja. Had bilangan penyertaan ditetapkan 10 orang maksimum bagi \setiap fakulti.
Hanya seorang (1) pelajar “Mobility” dibenarkan bermain untuk satu (1) acara sukan sahaja.
Seorang Pelajar hanya dibenarkan bermain 1 acara sukan sahaja pada setiap fasa kejohanan.
Bagi peserta yang mempunyai masalah kesihatan adalah DIGALAKKAN menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum kejohanan berlangsung dan menyerahkan borang kepada Sekretariat kejohanan (Borang Medical dan Borang Jamin Diri).
Pasukan
Pertandingan sesuatu acara hanya akan dijalankan sekiranya penyertaan lebih 4 pasukan yang mengambil bahagian.
Informasi
(Merujuk kepada Peraturan Am SAF perkara 5.0)
Hadiah
Hadiah disediakan untuk pemenang-pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga sahaja untuk semua acara yang dipertandingkan.
Pingat-pingat yang di tawarkan sebanyak 30 Emas, 30 Perak dan 30 Gangsa.
Johan Keseluruhan berdasarkan kepada pungutan pingat/Medal Tally.